Saturday, January 9, 2010

mengapa senibina?....

hurmm...soalan ini yang paling kerap ditanya dan yang paling sukar dijawab dengan seikhlas hati! bagi aku, minat terhadap senibina memang ada...tanpa minat tak mungkin aku berada di tahap sekarang...cuma kadangkala aku kurang yakin diri aku cukup tabah untuk menghadapi cabaran yang bakal mendatang di uitm ini...berbeza ketika aku bekerja di firma dulu dimana aku dapat menyesuaikan diri dengan keadaan dan tekanan di tempat kerja...tapi untuk membawa diri aku ke satu tahap yang lebih tinggi, aku perlu melanjutkan pengajian aku...di uitm, prestasi aku ketika semester 1 agak baik...namun semester 2 agak teruk! sepatutnya dengan ilmu dan pengalaman yang aku ada, aku mampu buat dengan jauh lebih baik...salah sendiri kerana terlampau leka dan tidak serius dalam melakukan tugasan...di semester 3 ni, aku perlu mengubah sikap...terlalu banyak yang perlu aku baiki dalam diri ni...tapi aku pun tak tahu hendak mula dari mana...harap-harap sebelum terlambat, aku mampu untuk buat yang lebih baik demi diri aku dan keluarga aku juga...aku tak mahu hampakan ibu dan ayah aku memandangkan cuma aku seorang yang sedang dalam pengajian ketika ini...
berbalik kepada tajuk asal, aku mula mengenali bidang senibina di sekolah menengah...namun minat aku ketika itu cuma lebih tertumpu ke arah subjek lukisan kejuruteraan...melukis pelan rumah serta membuat model, merupakan perkara yang sangat menarik bagi aku...kini apabila aku berada dalam bidang senibina, aku sedar bahawa senibina jauh lebih luas daripada itu...untuk berjaya dalam bidang ini, masih banyak yang perlu aku terokai dan pelajari...insyaAllah, bermula semester ini aku akan betulkan semula niat aku dalam bidang ini dan berusaha untuk memperbaiki kelemahan diri dan menambah baik kelebihan yang aku ada....

perjalanan hidup...

aku mula ber'tadika' di moonlight kindergarten, ipoh...kemudian aku bersekolah di sekolah kebangsaan sri kinta dari darjah 1 sehingga darjah 6...kemudian, aku memilih untuk menyambung persekolahan di sekolah menengah kebangsaan anderson ipoh...tidak banyak pencapaian yang boleh dibanggakan ketika aku bersekolah di situ dari tingkatan 1 sehingga tingkatan 5...cuma aku pernah mewakili sekolah dalam pertandingan lukisan kejuruteraan...tamat spm dengan keputusan sederhana, aku memilih untuk melanjutkan pelajaran ke unisel kerana permohonan aku ke ipta ditolak...di sana aku cuma kekal 1 semester dalam program tahun asas kejuruteraan kerana aku mendapat tawaran dari politeknik ungku omar, ipoh dalam program sijil senibina...selepas tamat program sijil selama 2 tahun, aku dipanggil bekerja semula di tempat aku menjalani latihan praktikal sebelum itu iaitu di arkitek tong-kc, ipoh...aku bekerja selama setahun di situ sebagai pelukis pelan senibina...banyak pengalaman berharga yang aku dapat sepanjang bekerja di situ....seperti dapat peluang menyediakan lukisan submission, berurusan dengan klien serta majlis tempatan, menyertai mesyuarat berkaitan projek dan yang paling penting dapat merasai suasana serta tekanan bekerja dalam bidang senibina ini...kemudian aku tinggalkan seketika alam pekerjaan dan menyambung pelajaran di uitm seri iskandar sehingga sekarang.....

pengenalan diri...

seperti yang dikehendaki dalam tugasan tersebut, aku akan ceritakan serba sedikit tentang diri aku...
lahir pada 8 november 1987 di hospital besar ipoh dengan nama muhamad zulhafiez bin zulkafli, aku sememangnya dibesarkan sebesar-besarnya di ipoh, perak...lebih tepat lagi di kg simee yang terletak berdekatan dengan jusco ipoh...kami sekeluarga menetap di situ sehingga aku tamat tingkatan 5 dimana kami berpindah ke desa chepor indah, chemor sehinggalah sekarang...ibu aku, noor kemah binti shaari lahir di kuala terengganu tapi dibesarkan di kampar, perak manakala ayah aku, zulkafli bin saad pula dilahirkan dan dibesarkan di balik pulau, pulau pinang...sekarang, ibu aku bekerja sebagai pensyarah di kolej kejururawatan ipoh dan ayah pula sebagai pegawai kesihatan dan keselamatan pekerja di sebuah kilang di jelapang...aku cuma ada seorang abang, mohd zulhairil dan seorang adik perempuan, nurul hazierah....tak lupa juga seekor lagi kucing di rumah...lucy namanya...haha...kedua-duanya telah pun bekerja tetap sekarang...

pembuka kata...

phew...pertama sekali, lega rasanya bila dapat siapkan blog ni....sebelum ni tak pernah pun terlintas dalam fikiran ni untuk ada blog sendiri! tapi disebabkan buat blog ni dah jadi assignment history of architecture, jadi terpaksa la buat juga...bukan apa, sebelum ni aku tak nampak langsung apa keperluannya untuk ada blog sendiri...cukup-cukup la dengan friendster, facebook semua tu...tak larat nak update selalu...lagi satu, bila balik pada asal tentang diri aku sendiri, ramai yang tau aku jenis tak banyak cakap...bak kata mies van der rohe, 'less is more'...haha...mungkin sebab perangai aku dah memang macam tu, aku tak rapat dengan ramai orang...tapi aku tak kisah sebab daripada aku cakap benda yang bukan-bukan je, baik aku diam...dapat juga elakkan dari sakitkan hati orang lain...tapi masa buat presentation kena la cakap juga kan...tak ada la aku jadi tunggul batu pula! bercakap bila perlu...macam buat blog ni juga! walaupun sikap ni mungkin dianggap sebagai kekurangan oleh orang lain, tapi aku cuba lihat dari sudut yang positif...walau apa pun, aku selesa dengan keadaan diri aku macam ni sekarang...cuma aku perlu improve tentang 'cakap bila perlu' tu...insyaAllah...