Saturday, January 9, 2010

mengapa senibina?....

hurmm...soalan ini yang paling kerap ditanya dan yang paling sukar dijawab dengan seikhlas hati! bagi aku, minat terhadap senibina memang ada...tanpa minat tak mungkin aku berada di tahap sekarang...cuma kadangkala aku kurang yakin diri aku cukup tabah untuk menghadapi cabaran yang bakal mendatang di uitm ini...berbeza ketika aku bekerja di firma dulu dimana aku dapat menyesuaikan diri dengan keadaan dan tekanan di tempat kerja...tapi untuk membawa diri aku ke satu tahap yang lebih tinggi, aku perlu melanjutkan pengajian aku...di uitm, prestasi aku ketika semester 1 agak baik...namun semester 2 agak teruk! sepatutnya dengan ilmu dan pengalaman yang aku ada, aku mampu buat dengan jauh lebih baik...salah sendiri kerana terlampau leka dan tidak serius dalam melakukan tugasan...di semester 3 ni, aku perlu mengubah sikap...terlalu banyak yang perlu aku baiki dalam diri ni...tapi aku pun tak tahu hendak mula dari mana...harap-harap sebelum terlambat, aku mampu untuk buat yang lebih baik demi diri aku dan keluarga aku juga...aku tak mahu hampakan ibu dan ayah aku memandangkan cuma aku seorang yang sedang dalam pengajian ketika ini...
berbalik kepada tajuk asal, aku mula mengenali bidang senibina di sekolah menengah...namun minat aku ketika itu cuma lebih tertumpu ke arah subjek lukisan kejuruteraan...melukis pelan rumah serta membuat model, merupakan perkara yang sangat menarik bagi aku...kini apabila aku berada dalam bidang senibina, aku sedar bahawa senibina jauh lebih luas daripada itu...untuk berjaya dalam bidang ini, masih banyak yang perlu aku terokai dan pelajari...insyaAllah, bermula semester ini aku akan betulkan semula niat aku dalam bidang ini dan berusaha untuk memperbaiki kelemahan diri dan menambah baik kelebihan yang aku ada....

No comments:

Post a Comment