Saturday, January 9, 2010

perjalanan hidup...

aku mula ber'tadika' di moonlight kindergarten, ipoh...kemudian aku bersekolah di sekolah kebangsaan sri kinta dari darjah 1 sehingga darjah 6...kemudian, aku memilih untuk menyambung persekolahan di sekolah menengah kebangsaan anderson ipoh...tidak banyak pencapaian yang boleh dibanggakan ketika aku bersekolah di situ dari tingkatan 1 sehingga tingkatan 5...cuma aku pernah mewakili sekolah dalam pertandingan lukisan kejuruteraan...tamat spm dengan keputusan sederhana, aku memilih untuk melanjutkan pelajaran ke unisel kerana permohonan aku ke ipta ditolak...di sana aku cuma kekal 1 semester dalam program tahun asas kejuruteraan kerana aku mendapat tawaran dari politeknik ungku omar, ipoh dalam program sijil senibina...selepas tamat program sijil selama 2 tahun, aku dipanggil bekerja semula di tempat aku menjalani latihan praktikal sebelum itu iaitu di arkitek tong-kc, ipoh...aku bekerja selama setahun di situ sebagai pelukis pelan senibina...banyak pengalaman berharga yang aku dapat sepanjang bekerja di situ....seperti dapat peluang menyediakan lukisan submission, berurusan dengan klien serta majlis tempatan, menyertai mesyuarat berkaitan projek dan yang paling penting dapat merasai suasana serta tekanan bekerja dalam bidang senibina ini...kemudian aku tinggalkan seketika alam pekerjaan dan menyambung pelajaran di uitm seri iskandar sehingga sekarang.....

No comments:

Post a Comment